e- Bazar
Berminat sertai kami? Sila daftar di sini

Join the forum, it's quick and easy

e- Bazar
Berminat sertai kami? Sila daftar di sini
e- Bazar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

waktu yg disuruh menggosok gigi..:D

Go down

waktu yg disuruh menggosok gigi..:D Empty waktu yg disuruh menggosok gigi..:D

Post by mawarku_hani Fri Feb 01, 2008 10:55 am

1) Ketika bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis dari Hudzaifah RA dia berkata :

عن حذيفة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يشوص فاه بالسواك



Adalah Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur di waktu malam, Baginda SAW membersihkan mulutnya dengan bersiwak (gosok gigi). (Sahih Muslim:255)

<!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Setiap kali hendak berwudhu. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء

“Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali berwudhu.” (Di riwayat di dalam al-Bukhari tanpa sanad. Ibn Khuzaimah mengsahihkannya di dalam Sahih Ibn Khuzaimah:140)



<!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Setiap kali hendak solat. Dari Abu Hurairah ra,Rasulullah SAW bersabda:

“لولا أن أشق على المؤمنين (وفي حديث زهير، على أمتي) لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة”

Kalau aku tidak khuatir menyusahkan orang beriman atau umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. (Muslim:252)



<!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Ketika hendak masuk ke rumah. Dari ‘Aisyah RA, beliau berkata:

عن عائشة؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل بيته بدأ بالسواك

Rasulullah SAW apabila hendak masuk ke dalam rumahnya, baginda SAW akan memulakan dengan menggosok gigi. (Muslim:253)



<!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Di saat mulut mula berbau, kekuningan, selepas makan dan minum dan lain-lain. Ini kerana bersiwak (menggosok gigi dianjurkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.



<!--[if !supportLists]-->6) <!--[endif]-->Ketika hendak membaca al-Quran. Ini berdasarkan riwayat daripada Ali bin Abi Talib RA, Rasulullah SAW bersabda:



وعن علي رضي الله عنه أنه أمر بالسواك وقال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

إن العبد إذا تسوك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فيستمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك فطهروا أفواهكم للقرآن

Sesungguhnya, apabila seorang hamba menggosok gigi, kemudian mendirikan solat, maka seorang malaikat berdiri di belakangnya dan mendengar bacaannya. Kemudian malaikat itu mendekatinya (kata perawi: atau menyatakan kalimat yang serupa) lalu meletakkan mulutnya ke mulut orang tersebut sehingga tiada ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulutnya kecuali akan masuk ke dalam perut-perut malaikat. Oleh yang demikian, sucikanlah mulut kamu bila hendak membaca al-Quran. (Di riwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad yang baik. Al-Albani menyatakan ia hasan sahih, lihat Sahih at-Targhib wa at-tarhib:215)
mawarku_hani
mawarku_hani

Number of posts : 46
Age : 38
Location : Perak -- Selangor -- Pahang
Registration date : 2007-07-30

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum