e- Bazar
Berminat sertai kami? Sila daftar di sini

Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

View previous topic View next topic Go down

Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

Post by PaPaJaHaT on Tue Nov 20, 2007 12:59 pm

LaughingTips Dating Internet




Banyak
sudah kita dengar berbagai-bagai keburukan akibat ‘dating’ setelah
berkenal-kenal di alam siber. Inilah sebahagian langkah berjaga-jaga.
Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah kena.
1. Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.
2. Gunakan e-mel, YM, ICQ atau IM terlebih dahulu untuk
berkomunikasi. Jangan terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana
anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.
3. Cuba bertanya soalan-soalan yang boleh membantu anda mengenali
mengenai seseorang terlebih dahulu , sama ada dia merupakan pasangan
yang anda cari.
4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.
5. Sentiasa simpan maklumat yang pasangan baru anda beritahu
mengenai dirinya dan pastikan maklumat-maklumat tersebut tidak berubah
apabila anda bertanyakan di waktu lain. Ini penting untuk memastikan
dia bersikap benar atau tidak.
6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet.
Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan
identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat-niat tertentu bersikap
demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa
bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak
dapat dilihat oleh orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.
7. Jangan mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yang
anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami
diri anda. Ini kerana masih banyak orang yang berpura-pura dalam
Internet.
8. Jangan memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat
anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk
benar-benar mengenali pasangan anda.
9. Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan
mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah,
telefon atau tempat kerja. Apa yang penting maklumat seperti apa yang
anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat
kerja anda. Jaga-jaga jika individu tersebut mendesak untuk mendapatkan
maklumat peribadi anda.
Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama
1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan
orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan
siber.
2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.
3. Pastikan makanan dan minuman yang anda minum bersamanya selamat.
Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas
meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam
makanan atau minuman ketika anda tiada.
4. Apabila bertemu, orang yang anda jumpa merupakan orang yang anda
sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan-soalan yang
biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.
5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.
Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya
1. Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.
2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.afro

PaPaJaHaT

Number of posts : 23
Age : 49
Registration date : 2007-07-29

View user profile

Back to top Go down

Re: Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

Post by mawarku_hani on Thu Nov 22, 2007 10:50 am

wah papa bagus tips nie..hehehe...mekasih....hani nie suka sgt jumpa kawan chating sbb hani selalu fikir semua org baik..kekekekeke:lol!:

mawarku_hani

Number of posts : 46
Age : 31
Location : Perak -- Selangor -- Pahang
Registration date : 2007-07-30

View user profile

Back to top Go down

Re: Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

Post by kepslok on Sat Dec 29, 2007 4:40 pm

alhamdulillah aku beresssssssss...

_________________
You Throw! You Flush!! Being clean is a must!!! CIY!! Clean it yourself!!!

SALAM PERPADUAN

kepslok

Number of posts : 51
Age : 32
Location : pahang---->n9----->pahang------>sabah--->n9
Registration date : 2007-08-01

View user profile http://www.kenariclub.net

Back to top Go down

Re: Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

Post by mawarku_hani on Thu Jan 17, 2008 11:47 am

hehehhee..kepslok mmg beres..sbb hani dah jumpa dia banyak kali...erm..yg pntg dia baik ngan hani..hehehehee..kep nnt kita dating agi..nak satey...

mawarku_hani

Number of posts : 46
Age : 31
Location : Perak -- Selangor -- Pahang
Registration date : 2007-07-30

View user profile

Back to top Go down

Re: Cinta Saiber???? nah nie tip nya...

Post by Sponsored content Today at 4:07 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum