e- Bazar
Berminat sertai kami? Sila daftar di sini

Join the forum, it's quick and easy

e- Bazar
Berminat sertai kami? Sila daftar di sini
e- Bazar
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

4 posters

Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by TuanLoyar Sun Oct 21, 2007 11:57 am

KUALA LUMPUR:
Buat pertama kalinya, seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) memenangi ganti rugi RM2.5 juta dalam saman yang difailkan
terhadap polis dan kerajaan bagi penahanan dan penderaan terhadap
dirinya pada 1998.

Abdul Malek Hussin, 51, diberikan RM1 juta sebagai ganti rugi am
bagi penangkapan dan penahanan secara salah, RM1 juta sebagai ganti
rugi teladan, RM500,000 sebagai ganti rugi am bagi serangan dan layanan
buruk dan faedah lapan peratus dari hari ini dan kos oleh Mahkamah
Tinggi hari ini.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata
Abdul Malek berhak kepada ganti rugi itu kerana penahanannya pada 10
malam, 25 Sept 1998 dan selama 57 hari ditahan mengikut ISA adalah
menyalahi undang-undang dan dilakukan secara mala fide (niat jahat).

Katanya
soal siasat yang dijalankan ke atas Abdul Malek di Bukit Aman adalah
bersifat politik bagi risikan mengumpulkan maklumat bagi tujuan politik
dan tiada kena mengena dengan kebimbangan terhadap keselamatan negara.

"Perlakuan
para defendan adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan hina, kerana
plaintif (Abdul Malek) bukan sahaja ditangkap dan ditahan secara salah
selama 57 hari tetapi juga turut disakiti, diaibkan dan didera secara
fizikal dan mental," kata Hishamudin.

Abdul Malek, pengerusi
Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel), sebuah organisasi bukan
kerajaan, mendakwa beliau dianiaya oleh polis.

Beliau mendakwa
selain ditampar tiga kali dan matanya ditutup manakala kepalanya
dikelubung dengan sehelai kemeja T dan dipaksa menundukkan kepalanya di
celah kedua-dua kakinya dalam kereta yang membawanya ke ibu pejabat
polis, beliau juga dibogelkan dalam bilik berhawa dingin dan cecair
berbau air kencing dicurahkan ke dalam mulutnya, katanya.

Alat
sulitnya dipukul dan satu objek dimasukkan ke dalam duburnya dan beliau
disuruh berdiri di depan penghawa dingin dan disimbah dengan air selama
hampir sejam, tambahnya.

Abdul Malek, yang juga bekas setiausaha
eksekutif PAS, memfailkan saman pada Mac 1999 memohon ganti rugi RM30
juta bagi dakwaan diperlakukan dengan kejam oleh polis semasa ditahan
berhubung dengan penahanan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim atas dakwaan terlibat dalam aktiviti yang boleh menggugat
keselamatan negara.

Beliau dibebaskan tanpa syarat pada 21 Nov
1998. Beliau menamakan pegawai polis Cawangan Khas ASP Borhan Daud,
Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan
Malaysia sebagai defendan.

Hishamudin berkata pemberian ganti
rugi teladan itu perlu untuk menunjukkan kebencian mahkamah terhadap
penyalahgunaan kuasa di bawah ISA dan sebarang penyalahgunaan kuasa
perlu ditimbal balas dengan pemberian ganti rugi teladan bagi
memastikan tahap penyalahgunaan kuasa itu dilakukan secara minimal,
jika tidak dapat dimansuhkan sepenuhnya.

"Jabatan Cawangan Khas
pasukan polis bukan sahaja perlu bersikap berkecuali tetapi juga perlu
dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa. Termasuk dalam
politik.

"Amalan apa juga jenis penderaan patut ditentang.
Perlakuan keji Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, adalah memalukan
dan tidak boleh diterima. Beliau memberikan contoh amat buruk kepada
beribu anggota di bawah tadbirannya.

"Amalan mendera tahanan
oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah
perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu," kata hakim
dalam penghakiman 41 muka surat yang beliau mengambil masa dua jam
untuk membacanya di mahkamah.

Hishamudin juga memutuskan polis
tidak memaklumkan kepada Abdul Malek bagi alasan penahanannya seperti
mengikut Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan dan bahawa Borhan telah
gagal memberikan butiran yang memuaskan kepada mahkamah mengenai
kegiatan Abdul Malek untuk menjustifikasikan penangkapan dan
penahanannya.

Di luar mahkamah, Abdul Malek yang hadir bersama
isteri dan anaknya berkata: "Saya tidak boleh kata yang saya gembira.
Ini adalah soal maruah, bukan duit. ISA perlu dimansuhkan. Tiada alasan
bagi kewujudannya di negara ini."

Peguam yang mewakili Abdul
Malek, R. Sivarasa berkata ini merupakan kes pertama di mana tahanan
ISA berjaya memenangi saman bagi penahanan secara salah.

Ini menunjukkan mahkamah bersedia untuk memberikan keadilan apabila polis menyalahgunakan kuasa.

Hishamudin,
dalam penghakimannya berkata andaian Borhan bahawa Abdul Malek terlibat
secara langsung dalam perhimpunan haram yang berakhir dengan rusuhan
dan menggugat ketenteraman awam, adalah tanpa butiran kerana tidak
diberikan secara spesifik bagaimana Abdul Malek terlibat secara
langsung.

Selain itu, Abdul Malek telah memberikan keterangan
yang tidak dapat disangkal bahawa semasa disoal siasat di Bukit Aman,
tiada soalan spesifik dikemukakan kepadanya bahawa beliau dikaitkan
dengan sebarang perbuatan ganas atau merancang sebarang tindakan ganas
spesifik.

Katanya Abdul Malek memberikan keterangan yang
terperinci dan tidak dapat dicabar berhubung kandungan soal siasat yang
dihadapinya selama 19 hari di Bukit Aman yang antara lain berkaitan
hubungannya dengan Anwar dan peranannya dalam gerakan reformasi.

Hakim
itu berkata Abdul Malek telah berjaya membuktikan imbangan
kebarangkalian bahawa beliau telah diserang dan ini disokong dengan
bukti perubatan.

Hakim juga berkata bermula dari masa Abdul
Malek dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur sehingga beliau
diserahkan kepada pegawai Bukit Aman pada 2 petang, 26 Sept 1998,
beliau tidak pernah ditempatkan dalam lokap, yang melanggar Peraturan
Lokap 1953 yang menetapkan semua tahanan perlu ditempatkan dalam lokap
selepas 6.30 petang dan soal siasat tidak boleh dilakukan pada masa itu.

Katanya
versi Borhan bahawa tempoh "tiada apa-apa" kira-kira dua setengah jam
yang tidak dapat dijelaskan -- antara 1.20 pagi dan 4 pagi --
menimbulkan tanda tanya.

Tindakan polis yang tidak menempatkan
Abdul Malek dalam lokap dan jawapan mereka yang bercanggah menimbulkan
andaian bahawa mereka menyembunyikan tindakan melanggar undang-undang
berkaitan dengan Abdul Malek, katanya.

Tindakan polis yang menafikan Abdul Malek berjumpa dengan peguam juga menunjukkan wujud mala fide di pihak polis, katanya. Bernama
TuanLoyar
TuanLoyar

Number of posts : 25
Age : 56
Location : JB
Registration date : 2007-07-31

http://tuanloyar.multiply.com/

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by kepslok Sun Oct 21, 2007 2:36 pm

panjang sgt la TL..maleh lak nak baco..
kepslok
kepslok

Number of posts : 51
Age : 39
Location : pahang---->n9----->pahang------>sabah--->n9
Registration date : 2007-08-01

http://www.kenariclub.net

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by TuanLoyar Sun Oct 21, 2007 11:29 pm

kalau kepslock malas x apalah, bukan nak kena saman pun...tL post kat sini utk yg rajin nak baca jer..... Very Happy
TuanLoyar
TuanLoyar

Number of posts : 25
Age : 56
Location : JB
Registration date : 2007-07-31

http://tuanloyar.multiply.com/

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by DrCoOL Wed Nov 07, 2007 5:59 pm

hehehe sapa tak baca saman sama diaaaa hehehhee
DrCoOL
DrCoOL

Number of posts : 41
Registration date : 2007-07-29

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by mawarku_hani Fri Feb 01, 2008 10:57 am

huhuhu........hani tgk ja lah.......rajin tgk ja leh...ke kena saman gak? hehehehe.. Very Happy
mawarku_hani
mawarku_hani

Number of posts : 46
Age : 38
Location : Perak -- Selangor -- Pahang
Registration date : 2007-07-30

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by DrCoOL Sat May 01, 2010 8:45 pm

saman juge eheheh
DrCoOL
DrCoOL

Number of posts : 41
Registration date : 2007-07-29

Back to top Go down

Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta Empty Re: Bekas Tahanan ISA dapat RM2.5 Juta

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum